dear VVVIP

Saturday 4 January 2014

Cerpen - Between you and me is.. cinta.



' Ayam goreng yang tersedia dihadapanku diambil.Kedua-dua tangan dipenuhi dengan ayam lalu satu persatu aku gigit dan telan dengan rakusnya tanpa menghiraukan orang disekelilingku.Barangkali mereka telah biasa dengan cara pengambilan makananku.Lalu nasi dipinggan aku suapkan segumpal kedalam mulutku untuk memenuhi karung emasku.Dan kerana cara pemakanan aku ini jugalah menyebabkan badan aku seolah-olah dipam-pam sebesar Hot Air Ballon.Setiap hari calibration untuk penimbang juga lari dari satu Kilo tambah ke satu kilo lagi.Akhirnya baju aku dari 'Medium' berubah menjadi 'Large' dan lama kelamaan bertukar menjadi 'Triple Extra Large'.Katil bilikku juga bertukar dari single bed kepada Queen size dan akhirnya katil aku tidak boleh digunakan kerana mudah patah akibat berat badanku yang semakin meningkat.Telah banyak kali ibu , abah dan juga abangku cuba menasihati aku dengan cara pemakanan aku, namun tiada yang berhasil.Di Universiti pun aku diejek 'Si Bellon' ' Si Belon' namun aku tidak hiraukannya kerana aku merasakan lebih bahagia dengan cara sebegini. Walaupun badan aku Triple Extra Large namun aku dikurniakan dua orang sahabat yang sentiasa melindungi dan menyayangi aku.Nak tahu siapa dia? Jom aku ceritakan pada engkorang semua tapi sebelum itu jom aku perkenalkan diri aku dulu ye.

  'Nama aku Qaisara Ellisya binti Mohamed Khan.Ehem...bukan Shah Rukh Khan ek.Kenapa nama aku panjang? Ini hasil gabungan nama dari kedua orang tua aku.Iaitu ibu dan abah.Umur aku 23 tahun dan aku sekarang belajar di Universiti iTeknologi Malaysia mengambil jurusan Reka dalaman.Kenapa aku ambil bidang ni?Sebab memang minat aku tersangatlah mendalam sejak aku sekolah menengah selepas aku menonton cerita dekorasi bersama Eric Leong.Walaupun orang ramai kata bidang ini sekarang susah nak cari kerja tapi Ada Aku Kesah?!! Aku ada seorang abang dan dia berumur lebih tua dari aku 3 tahun.Muka dia kalau korang tengok mesti korang cair punyerrr!!!Hihi Itupun berkat dari benih yang terhasil dalam diri kami dari kedua ibu bapa akulah muka abang aku persis Shahid Kapoor.HAH!!Mesti korang tak percayakan.Hihi.genap umur kami berbeza kerana perancangan keluarga yang dibuat oleh ibu abah aku laa...tapi umur tidak membuatkan kami berjauhan malahan kami lebih rapat ibarat dua mempelai.'

 
Suasana diluar kelas hingar-bingar dengan pelajar-pelajar yang baru sahaja mendaftarkan diri mereka.Ada yang melihat papan tanda, ada pula yang sedang bercakap-cakap dengan kawan yang baru mereka kenal dan ada pula sedang menyibukkan diri dengan staff yang menjadi tour guide mereka dalam universiti ini.Manakala Aku?Aku sudah tentu dengan rutin harian aku iaitu mencari cafe.Apa-apa pun karung emas aku paling wajib dilayan.

"Hanani!!Zafran!!" jerit aku.Hanani dan Zafran? Siapa mereka tu?haha jom aku ceritakan.Hanani atau nama sebenar dia Nurul Hanani binti Dato Mazlan.Kitorang sebaya dan berada satu batch yang sama tapi bukan satu course yang sama.Hanani lebih skema dari aku jadi dia mengambil TESL sebagai subjek kegemarannya.Umur aku dengan Hanani hanya beza setahun iaitu aku 23 dan dia 22. Tapi itu tidak menghalang kami untuk menjadi kawan rapat.Manakala Zafran atau Zafran bin Tengku Aslan.Dia memang berbeza diantara kami berdua kerana dia adalah lelaki dan dia berBin bukan binti.Kedua dia lebih tua dari aku dan Hanani tapi seperti aku cakap umur tidak membezakan apa-apa sebaliknya kami telah menjadi sahabat baik.Siapa kata antara lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik?! Eh! Mestilah aku yang kata well this is a fact okay.

"Amboi kau......dari jauh aku dah nampak kau tau." ucap Zafran dengan nada lembutnya itu. Aku tersengih menampakkan gigi aku yang tak berapa nak rata.Hanani disebelah hanya mendiamkan diri mendengar kami berdialog.

"Aku laparla...jomlah teman aku makan..Ni...Fran...." ucap aku dalam nada yang sayu sambil, mengusap karung emasku.Ternyata merekalah kawan baik aku yang tersangat memahami aku.Tanpa berfikiran panjang kitorang pun bertapak menuju ke cafe.Tiba di cafe, seperti biasa kami akan memilih meja kami yang paling hujung.Beg ditangan diletakkan disebelah kerusi yang aku duduk, disertai dengan Zafran dan Hanani.

"Nak order yang baru ke atau order yang sama jugak?" soal budak lelaki yang setia berdiri dihadapan kami.Aku tersengih memandang Afiq lelaki yang mengambil order makanan kami itu.Dia menganggukkan kepala lalu beredar ke tempat membuat makanan.Agaknya sudah terlalu lama kami selalu makan di cafe sehinggakan Afiq tahu apa yang kami inginkan.

"Lama kelamaan emak si Afiq tu pun amik kau jadi menantu tau sebab da kenal kau Sara." ucap Zafran.Hanani menahan gelak manakala Qaisara berkerut dahi memandang Zafran.

"Aku belasah kang baru tahu." ujar Qaisara geram.Zafran tergelak besar mendengar luahan Qaisara.Lalu ABC dihadapan dihirup perlahan-lahan.Buku kecil dari beg dikeluarkan pen hitam menjadi kegemarannya untuk menulis didalam buku kecil itu.

"Apa tu Sara." tanya Hanani.Qaisara langsung tidak memberikan sebarang reaksi sebaliknya membiarkan kawannya itu tertanya-tanya.

Buku berwarna Pink itu diangkatkan sedikit lalu ditayangkan kepada kawannya.
Zafran menghulurkan tangan untuk mencapai buku pink itu.Diselak satu persatu melihat apa yang ditulis oleh teman baiknya itu.Qaisara tenang menghirup Ice lemon tea yang dipesan oleh dirinya.

"Fitness book!?" Zafran menyebut perlahan.Qaisara menganggukkan kepala.Tangan bentuk 'S' ukuran slim ditunjukkan kepada Qaisara.Qaisara hanya mengerdipkan mata dua kali.

"Kenapa?Tak percaya ka?" soal Qaisara.Lucu dan geli hatinya melihat respon sahabatnya itu.

"Bukanla...tapi kan kau pernah cakap yang kau taknak diet..." ujar Hanani pula.
Qaisara tersengih memandang kawan-kawannya.

Tiba-tiba buku pink kecil itu terbang dari tangan Zafran .Terkedu Zafran dan Hanani dan aku bukan setakat terkedu,terkejut besar semua ada.Laa buku tu bukan terbang sebaliknya buku itu dirampas oleh seseorang yang aku sangat benci dan menyampah.Aku memandang dia seolah-olah dia adalah ayam goreng yang aku akan telan dengan rakusnya.Mata aku disepetkan geram aku dengan mamat bajet macho itu.

"Weyh bak baliklah buku aku!!" jerit Qaisara.Hari ini cafe kurang pelajar kerana percanggahan kelas yang terlalu banyak.Nasib baik jugalah kalau tidak pasti Qaisara malu.

"Buku apa ni?" usik lelaki bajet macho itu.

"Afiq tengok tu....Sara kena kacau lagi dengan mamat kurang ajar tu." ujar Fazlan yang sangat mengenali perangai lelaki macho yang disebut olehnya tadi.Afiq yang berada disebelah turut menyaksikan kejadian tersebut.Kain buruk ditangan digenggam kuat.

"Wowwww Fitness for health and beauty...." sebut Ashraf sambil buku itu ditayangkan kepada kawan-kawannya.Qaisara yang tadi setia duduk kini berdiri.Dia cuba untuk mencapai bukunya itu dari terus dipersendakan oleh mamat bajet macho itu.

"Weyh! si belon kau nak kuruslaaa..." sebut lelaki disebelah Ashraf.

"Weyh! si belon kau nak jadi cantikla..." disebut lagi oleh kawan-kawannya yang lain.Lalu ketawa besar dihumbankan kepada Qaisara yang dipanggil Si Belon.Title Si Belon ini juga wujud disebabkan oleh Ashraf.Geramnya tak terkata rasa ingin ditumbuk muka si Ashraf.Tangannya baru ingin mengeluarkan cakra tiba-tiba buku yang berada ditangan Ahsraf dirampas oleh seseorang.Kesemua mereka yang berada disitu memandang kearah buku yang dirampas.

"Nah Sara simpan buku ni elok-elok..." ucap Afiq.Terkedu Ashraf dengan tindakan Afiq.Begitu juga semua yang berada disitu.Qaisara turut menunjukkan ekspresi seolah-olah tidak percaya dengan apa yang terjadi.

Afiq tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya.Zafran mencuit lengan Hanani.
"Orang kata kalau kita membuka keaiban orang satu hari nanti kita akan mendapat balasan juga." ucap Afiq.Qaisara menganggukan kepala sambil tangannya ligat menyimpan buku pinknya itu.

"Kau sibuk kenapa?" kata Ahsraf.Ditenungnya Afiq seketika . " Aku tak kacau kau pun." ucap Ashraf.Afiq menghadiahkan jelingan tajam lalau meninggalkan mereka yang masih lagi terkebil-kebil.



Dalam perjalanan pulang,harini ketiga-tiga mereka memilih untuk menaiki kereta Preve milik Zafran.Bangunan-bangunan disekelilingnya dilihat satu persatu.Teringat kembali dengan peristiwa yang berlaku di cafe.Kenapa dengan Afiq?Dia sendiri pun tidak pasti.Selalunya kalau dia diusik jarang sekali Afiq datang membantu namun kali ini Afiq turut campur tangan dalam hal nya.

"Terkejut aku tengok Afiq tu tadi." ucap Zafran selepas beberapa minit menyepikan diri.Matanya masih menatap jalan raya yang sedikit lengang manakala tanganya setia memegang stereng kereta.Hanani disebelah hanya mendiamkan diri.

"Hah? ermm entahla....aku pun terkejut juga...." balas Qaisara perlahan.

"Entah-entah dia suka kau tak..." duga Hanani selepas lama menyepikan diri.Zafran memandang Hanani lalu menganggukan kepala sebagai tanda setuju.

"Merepeklah!" balas Qaisara pendek.Pandangan disekeliling menjadi santapan matanya.Dia memilih untuk memekakkan telinga dari mendengar kata-kata yang tidak masuk dek akal oleh sahabat-sahabatnya itu.

'Aku mesti kena kuruskan diri ini and prove pada semua yang aku pun boleh cantik!' 

Inilah kehidupan aku.Setiap hari ada sahaja yang nak mengusik aku.Tapi nasib baik ada dua kawan-kawan aku yang mereng ni.Kalau tak mesti aku dah menangis.

Selepas beberapa minit berada didalam kereta Zafran akhirnya tiba jugalah rumahku syurgaku.Selepas menyalami tangan Hanani dan mengucapkan selamat tinggal terus aku tutup pintu dan berlari kedalam rumah.Rindunya dengan ibu dan abah aku.Walaupun berjumpa setiap hari, namun rindu aku tetap tidak pudar.

"Assalamualaikummmmmm!!" ucap Qaisara.

"Walaikumsalam...." jawab seseorang dari dalam.Gadis bertudung merah jambu yang menjawab salam aku?Siapa dia ni?Aku salah rumah ke?

Gadis itu terus menerus tersenyum kearah Qaisara.Qaisara termenung lama memandang Gadis itu.

"Dah lupa akak?" ucap gadis bertudung merah jambu.Terkejut Qaisara dengan perkataan 'Akak'.Terus dia menerpa kearah gadis dan memeluk gadis tersebut.

"Kak Misha.....rindunya.....!!!" jerit Qaisara.Kelihatan ibu juga semakin hampir.Qaisara melepaskan pelukan lalu menyalami tangan ibunya.

"Sudah-sudahlah tu....abang pun takde chance tau nak peluk kak Misha kau tu...dah cukup..." ujar Hakimi.Hakimi abang aku yang aku cerita tu.Misha Atau kak Misha ni awek eh tak tunang merangkap bakal isteri abang aku.Bestkan dah nak jadi isteri orang.Cantik, manis , lemah lembut siapalah tak suka.

"Sara pergi naik atas dulu ye bu...akak nanti kita sembang tau." ucap Qaisara.Langkah laju dihayunkan menaiki tangga.Ada banyak benda lagi yang harus dia lakukan.

"Ibu..kenapa Icha tengok Lisya tu makin berisi badan?" soal Misha.Ibu tersenyum mendengar persoalan yang dilontarkan oleh bakal menantunya itu.

"Ibu pun tak tahulah Misha.Makin ditegah makin kuat makannya.Takut ibu tengok tau." jelas Mastura.Sungguh dia sendiri makin risau dan takut melihat perkembangan yang berlaku pada anak perempuannya itu.Orangnya memiliki muka yang cantik namun kerana badannya itu membuatkan dirinya tidak didekati mana-mana lelaki.


Cermin yang setia melekat didinding dipandang seketika lalu mulut Qaisara terkumat-kamit seolah-olah sedang menjampi serapah sesuatu.Tiba-tiba dia bangun dan perlahan menuju ke arah cermin.Ditilik satu persatu badannya.Sekejap berpusing ke kiri dan adakalanya ke kanan.

"Mirror..mirror on the wall....who's the most prettiest in this world?" ucap Qaisara sambil kedua tangannya mencekak pinggang.Lalu dia ketawa besar melihat dirinya sendiri. 

"Aku kena buat something ni...." bebel Qaisara seorang diri.Kertas berwarna putih dan pen diambil lalu dituliskan sesuatu pada kertas tersebut.

"Ehh okay ...hurmmm..apa lagi ek..." Qaisara berdialog sendirian.Seketika pen ditangan mengetuk-ngetuk kepalanya.Lalu tangannya ligat menulis sesuatu.Qaisara terjerit kecil. " DONE!" Kertas putih itu diangkat lalu ditampalkan pada dinding dihadapannya.


Bunyi ketukan pintu mengejutkan Qaisara.Untung dia tidak mengalami sakit jantung kalau tidak memang pasti dia mendapat serangan jantung.Tanpa melengahkan masa terus dia mendapatkan tombol pintu.Tombol dipulas lalu pintu dibukakan sedikit hanya mukanya sahaja dijengulkan keluar.

"Nak apa orang tua?!" ujar Qaisara.Geram Hakimi dengan gelaran yang diberikan oleh Qaisara kepada dirinya lalu kepala Qaisara ditunjalkan sedikit dengan jari telunjuknya itu.

"Aduhhhhh!!Sakitlah abang!!!" jerit Qaisara.

"Apa yang bising tu?!" soal Mohamed sedikit garang.Pantang dia kalau anak-anaknya bergaduh.Sambil bercekak pinggang dia berjalan kearah kedua anak teruna dan daranya itu.Qaisara menekup mulut manakala Hakimi menepuk dahi. 

'Itulah abah Qaisara yang sangat aku sanjungi.Garangkan.Almaklumlh orang keturunan pakistan macam aku ni memang dari golongan garang-garang.Aku pun tengah kecut perut tengok muka bengis bapak aku ni.'

"Tak de papelah abah.Abang ni haa tunjal kepala adik." adu Qaisara.Hakimi disebelah mendiamkan diri.Tahulah dia kalau adiknya mengadu pasti dia akan kena.Mohamed hanya memandang anak terunanya itu lalu menggelengkan kepala.

"Sudah..sudah...jangan bergaduh lagi.Korang tu dah besar..sorang dah nak jadi suami orang...sorang lagi dah layak berkahwin dah!" ucap Mohamed tegas.Terasa kesat air liur yang melalui tekak Qaisara. 'Dah boleh kahwin?' itu yang terlintas dibenak Qaisara.

"Dah jom turun makan." kerah Mohamed.Berbanding Mastura dan Mohamed.Mereka lebih takut kepada Mohamed berbanding Mastura kerana ketegasan yang ditonjolkan olehnya.

"Okay abah...." serentak mereka berkat sambil berjalan beriringan dengan Mohamed.

"Misha balik sini berapa lama?" soal Mohamed.Qaisara disebelah mencuit lengan Misha.

"Misha balik Malaysia sebulan je abah...bulan depan balik la.." jawab Misha jujur sambil memandang muka tunangnya.Perasaan rindu yang bertandang dihati akhirnya terlerai jua.Selepas dia memutuskan perhubungan dengan bekas kekasih lamanya Hakimilah orang yang selalu berada disisinya .

"Bila habis belajar kak?" soal Qaisara.Jarinya digerakkan sedikit seolah-olah sedang mengira sesuatu. Jari telunjuknya ditunjukkan ke Qaisara.

"Setahun?Lama lagi tu...." kata Hakimi.Serentak mereka mentertawakan keluhan tidak puas hati Hakimi.

"Dah habis makan." ucap Qaisara.Kesemua yang berada disitu memandang pelik Qaisara.


"Kenapa semua pandang Lisya  macam tu?" ucap Qaisara.

"lisya dah kenyang ke?" soal Hakimi. Qaisara menganggukkan kepala lalu berjalan menuju ke sinki.

"Lisya putus cinta ke?" soal Hakimi.


Di bilik Qaisara

'Aku tahu pasti semua orang tertanya-tanya tapi aku nekad.Entah kenapa selama ini aku langsung tak sedar akan perkara macam ni kan.Haisshhh.....kenapalah badan aku ni besar...Tak pe...Aku janji selagi aku tak kurus aku takkan sentuh makanan kegemaran aku. Errkkk! tak boleh..,tak boleh....' Qaisara berdialog sendirian sambil menulis sesuatu dalam diari.Talifon bimbitnya dicapai lalu mendail nombor Hanani dan Zafran.

"Hello..." ucap Qaisara.

"walaikumsalam...." ucap Hanani dan Zafran.Mudah untuk mereka berhubung semenjak Wechat diwujudkan. Qaisara tersengih selepas mendengar ucapan kawannya.

"haa nak apa makcik oiii..kacau aku buat facial je kau." kata Zafran.Tergelak Qaisara dibuatnya.

" Weyh esok teman aku pergi JJ ek..." balas Qaisara.

" Nak buat apa Sara?" kali ini Hanani tidak melepaskan peluang menyoal Qaisara.

"Adalah...esok aku datang jemput korang ek...byeee..assalamualaikum..." ucap Qaisara.Talian dimatikan lalu selimut ditarik.Dia mesti bangun awal untuk menjalankan misinya.

----------------------

"Mi dengar cerita yang Cap suka buli orang dekat U..betul ke?" soal Fatimah.Ashraf disebelah menjeling abangnya.Tahulah dia bagaimana uminya tahu tentang perihal itu.

"Tak delah umi...Cap usik je pun...bukan buli..." balas Ashraf selamba.Afiq disebelah hanya membatukan diri ingin dengar jawapan adiknya itu. Ashraf dan afiq adik beradik tiri namun hubungan mereka tidaklah seteruk seperti dalam novel dan tv adakala wujud juga sikap percanggahan antara mereka berdua.

"Kau suka dia ke?" soal Afiq memandang muka Ashraf.Terkedu Ashraf dengan soalan abangnya itu.

"Apalah abang ni suka merepek bukan-bukan." ucap Ashraf manja.

"Haa Fiq macam mana perniagaan kamu?" soal Fatimah.Afiq senyum manis menampakkan lesing pipitnya.

"Alhamdulilah berjalan dengan lancar." ucap Afiq lembut.

"Acap nak tidur dulu lah mi.." ucap Ashraf.Tangan uminya disalam sebelum masuk tidur.ashraf menolak kepala Afiq sebelum berjalan naik kebilik.Saja dia ingin mengusik abangnya.

"Pendengki!!" laung Afiq seraya tawa besar kedengaran.

Suis lampu bilik dibuka ,bantal disebelah diambil lalu dibawa kedalam pelukkan.Talifon bimbitnya diambil lalu butang open ditekan.Gambar digalleri dibuka lalu sekeping-sekeping gambar dilihatnya.Sesekali kelihatan senyuman terbit dibibirnya.Untung dia kerana wajahnya mirip persis seperti Lee Joon dalam kumpulan Mblaq dan kerana itu ramai perempuan di tempat dia belajar meminati dirinya.

"Qaisara Allisya..hurmm kau je perempuan yang tak reti nak menyembah kaki aku kan...Unik kau ni..." Ashraf dialog bersendirian lalu.Ditenung gambar Qaisara lama.Entah bagaimana gambar Qaisara boleh berada didalam talifon bimbitnya.


Keesokkan pagi

"Morning ibu..." ucap Qaisara.Pipi Mastura dikucup perlahan lalu pinggan disebelah diambil .Nasi goreng dicedokkan kedalam pinggannya sendiri.Sedikit kuantiti nasi yang diambil.

"Sikitnya Lisya.Kamu kenyang ke?" soal Mastura.Qaisara memandang nasinya lalu memandang ibunya.

"Ibu...Lisya nekad nak kuruskan badanlaa....." ujar Qaisara.Mastura memandang anaknya seolah-olah tidak percaya dengan pengakuan Qaisara.

"Apa?Tadi ada orang sebut nak kurus...??" usik Hakimi.Dia sudah agak pasti adiknya itu cuba untuk berdiet kerana semalam dia ternampak sekeping kertas yang bertampal didinding berdekatan dengan meja study bilik Qaisara.

"Hishhh abang ni kan...." ngomel Qaisara manja.Hakimi mengusap lembut rambut Qaisara.

"Siapa yang menyebabkan adik abang ni nekad untuk kurus ni?" soal Hakimi.Qaisara menggelengkan kepala tanda tidak setuju dengan kata-kata Hakimi.

"Bukanlaa...adik nak kurus je pun..mana ada kaitan dengan siapa-siapa..." ngomel Qaisara.Teh disebelah disuakan kepada abangnya.Lalu Hakimi menyambut cawan yang dihulurkan oleh Qaisara.

"Ibu kejap lagi adik nak keluar dengan Hanani dengan Zafril tau." terang Qiasara kepada Mastura.

"Nak pergi mana?" soal Mastura.

"Hehe adik ingat nak beli peralatan exercise la...boleh kan..." ucap Qaisara
'Beeep' bunyi Getaran melambang ada yang menghantar mesej.Qaisara menekan butang open lalu membaca.Satu dari Zafran dan satu lagi dari Hanani.Mukanya sedikit berkerut.'Nampaknya aku kenalah berjalan seorang diri hari ini' desis hati Qaisara.Usai menghabiskan sarapan pagi terus Qaisara mencapai kunci kereta Myvinya lalu enjin dihidupkan.


"Umi , Afiq pergi dulu ye...Assalamualaikum umi..." ujar Afiq selepas menyalami tangan uminya terus keretanya dihidupkan enjin .

Jam ditangan dilihat seketika lalu video player mengalunkan lagu Mblaq.Jari jemarinya mengetuk-ngetuk stereng kereta.Otaknya ligat memikirkan kejadian yang berlaku di cafe tempoh hari.

"Qaisara" lembut sahaja dia menyebut nama Qaisara.Mulutnya mengukirkan senyuman manis entah mengapa terasa indah hidupnya setiap kali terpandangkan wajah Qaisara.Teringat dia dengan kejadian di cafe tempoh hari.


----------

"Isshh diorang ni boleh pulak ada hal ni...ada hal tu.....geram betulla..." ngomel Qaisara seorang diri.Matanya tidak lekang dari mencari kedai menjual peralatan menguruskan badan.Tidak lama kemudian akhirnya dia menemui kedai yang dikehendaki.Selepas memilih dan berfikir panjang akhirnya dia memilih untuk membeli mesin pemecah lemak dan trackmill.Selepas membayar wang di kaunter ,alamat rumah diserahkan kepada pemilik kedai.

"Tak sabar rasanya aku nak kuruskan badan aku...hurmmm lepas ni takde laa yang boleh panggil aku si belon!" Qaisara berdialog sendirian.Sedang dia melihat tak sengaja dia terlanggarkan sesuatu. 'Gedebuk!' terjatuh dia menyembah bumi yang satu ini.

"Ehh cik sorry...." ucap suara itu.Tangan dihulurkan namun Qaisara tidak mempedulikan huluran tersebut .

"Cik I'm really sorry...I tak nampak..." ujar suara itu sekali lagi.Qaisara mengumam sendirian sambil mengusap kakinya yang terasa sakit itu.

"It's okay la...takde pape..." balas Qiasara bernada biasa.Dari hujung matanya kelihatan seperti sesusuk tubuh lelaki yang melanggar dirinya.Dengan pakaiannya yang hitam dan suara yang garau itu mampu membuatkan Qaisara lebih yakin itu adalah lelaki.Langsung tidak dilihat wajah lelaki tersebut sebaliknya dia cuba memegang dinding sebagai pautan untuk dia berdiri.Namun baru naik sedikit dia dah jatuh terduduk.

"Cik..cik...let me help you.." kata lelaki itu.Baru saja tangan lelaki itu ingin menyentuh Qaisara ditepis.

"Ishh janganlah! Bukan muhrim!!" kata Qiasara dengan tegas.Terkedu lelaki itu ditenung Qaisara lama dalam posisi duduk.'Macam aku kenal je..suara dia pun aku macam pernah dengar.' desis hati lelaki itu.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhadapan dengan Qaisara.

"Lisya?" ucap lelaki itu.Terkedu Qaisara.Hanya orang yang terdekat sahaja yang akan memanggil dirinya dengan panggilan sebegitu.

Qaisara mendongakkan sedikit kepalanya untuk melihat siapakah gerangan lelaki itu.
"Abang Efy?!" panggil Qaisara.

"Yela..abang la...Laa Qaisara ke....meh abang tolong..." ujar Haififi seraya meangkat Qaisara.

Abang Efy atau lebih tepat abang Haififi.Dia ni sedara aku.Handsomekan..Mcam Aamir Khan laa...Nasib baik dia sedara aku...Kalau tak aku dah ngorat dah abang Efy ni.Abang Efy ni sebaya dengan Abang Kimi, tapi bezanya abang Efy tak kahwin dan tak de calon.Katanya belum bersedia dan masih menunggu seseorang.Entahla...malas aku nak ambik tahu lebih-lebih pulak.

"Sian Lisya ye....meh abang tengok sikit kaki tu..." ujar Haififi sambil meletakkan kaki Qaisara dipehanya .Diurut-urut sedikit kaki Qaisara.Terjerit Qaisara akibat kesakitan.

"Aduhhh! Abang..situ sakit..." Adu Qaisara sambil menggenggam tangan Haififi.Tanpa mereka sedari ada sepasang ata yang sedang merenung mereka dari jauh.

"Aduh...aduhhh!! abang pun...Lisya...!" ngadu Haififi.Tangan Qaisara kuat mencengakam tangan Haififi menyebabkan Haififi turut merasakan kesakitan.

"Apa plak..yang terjatuh tadi tu Lisya bukan Abang!" balas Qaisara geram.

"Lisya cengkam tangan abang kuat sangat sampai abang tak boleh nak bernafas." balas Haififi.Tercengang Qaisara ,tidak pulak dia perasan bahawa dia memegang tangan Haififi terlalu kuat sehinggakan abang sedaranya turut merasakan kesakitan.

"Heeeee sorry abang Efy..." ujar Qaisara sambil menunjukkan kerang busuknya itu.Haififi mencubit pipi Qaisara yang gebu itu.Namun sempat ditepis oleh Qaisara.Tidak manis dilihat oleh orang katanya.

"Abang rasa lepas Lisya urut ni okay la kot...." ujar Haififi serius sambil menilik kaki Qaisara.Qaisara hanya menganggukan kepala.

"Yela kot...." balas Qaisara sedih.Dalam fikirannya asik memikirkan tentang esok.Bagaimana dia harus ke kelas? Bagaimana dia hendak berjalan? Bolehkah dia memandu? Qaisara menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Sara?" tegur seseorang.Serentak Qaisara dan Haififi menoleh ke arah suara itu.

"Afiq?" lembut Qaisara menuturkan nama itu.Afiq melontarkan pandangan yang pelik.Qaisara yang perasan akan perkara itu terus dia menurunkan kakinya dan membetulkan kepala seluarnya.

"Haififi." sebut Haififi sambil menghulurkan tangan hendak menyalami Afiq.Afiq turut melakukan yang sama.

"Afiq" tangan disambut.

"Sara kenapa?" soal Afiq.Qaisara tersengih entah apa yang harus dia perkatakan.

"Sara terseliuh kaki .Tadi tak sengaja terlanggarkan dia waktu berjalan tadi." terang Hafifi supaya Afiq tidak salah faham dengan perkara tadi.

"Yeke...kalau Sara tak kisah...Afiq nak tengok boleh?" ujar Afiq.Qaisara merasakan serba salah patutkah dia terima tawaran Afiq?

"Kalau Sara tak nak tak apalah...tapi esok Sara nak ke kelas macam mana?" pujuk Afiq.Qaisara memandang wajah Hafifi dan Afiq bersilih ganti.

"Macam ni..jom ikut kalau takut." ujar Afiq.Dahi Qaisara berkerut .Dia menggagahkan dirinya untuk berjalan sambil dipaut oleh Haififi.

Agak jauh berjalan akhirnya mereka tiba disebuah kedai menjual produk kecantikan dan didalam terdapat ruang untuk beristirahat.Qaisara dan Haififi diarahkan untuk beristirahat disitu manakala Afiq beredar ke dalam bilik staff.

"Siapa dia tu Lisya?" soal Haififi.

"Dia?Afiq?" soal Qiasara.Haififi menganggukan kepala.

"Dia tu pekerja dekat cafe Lisya la abang...tapi..." balas Qaisara namun belum sempat dia menghabiskan ayatnya diganggu oleh kelibat Afiq.

'Apa dia bawak tu?' desis hati Qaisara.

Kelihatan Afiq berjalan sambil ditangannya terdapat botol berwarna putih sambil diiringan dengan senyuman.Senyuman yang manis berserta lesung pipit di pipi kanannya.

"Apa tu?" soal Qaisara.Botol yang berada ditangan Afiq kini bertukar tangan.Qaisara menilik botol putih yang bertulis minyak gamat.Qaisara memandang Afiq dengan penuh tanda tanya.

"laa situ dah tulis ubat gamatkan...takkanlah minyak masak kot..." usik Afiq.Kaki Qaisara diangkat lalu diletakkan diatas bangku kecil yang terletak berhadapan mereka.

"Ehhh nak buat apa ni?" soal Qaisara kaget.Tergelak kecil Afiq dengan respon Qaisara.Seketika hatinya berkata 'comelnya'.Haififi disebelah hanya memerhati setiap pergerakan dan perbualan antara adik sepupunya dan juga Afiq.Tiba-tiba perbualan mereka disampuk oleh seseorang.

"Encik Afiq pandai mengurut cik....kalau nak cepat sembuh better bagi encik Afiq mengurut." terang gadis tadi.Qaisara memandang gadis yang berbaju biru itu.

"Betul ni...?" soal Qaisara tidak percaya.Tergelak besar Afiq melihat reaksi Qaisara.Gadis berbaju biru itu menganggukkan kepala tanda mengiyakan .

"Okay....make sure it's true..or not....siap lah..." ugut Qiasara.Kakinya diletakkan semula diatas bangku.Pada permulaan dia agak tidak yakin namun lama-kelamaan dia sendiri selesa dengan urutan Afiq.

"Okay done!" 

"Eh dah sudah?" soal Qaisara.Afiq menanggukkan kepala.

"Cuba berjalan..." uji Afiq.Qaisara menuruti.Perlahan dia bangun dan memijakkan kakinya diatas lantai.Perlahan-lahan dia berjalan namun tiada kesakitan yang dirasakan sebaliknya dia dapat berjalan seperti biasa.Dia melonjak gembira.

"Yeay!,I'm normal!haha..." ucap Qaisara.

---------------
"Encik Afiq...Ira rasa mesti dia gadis yang encik selalu sebut tu kan?" soal ira gadis yang berbaju biru itu .Afiq memandang Ira lama barulah dia menguntumkan senyuman.

"Yup....comelkan dia...." ucap Afiq selamba.Entah mengapa riang rasa hatinya apabila dapat berada berdekatan dengan Qaisara.

---------------

"Lisya..abang balik dulu tau...Bolehkan?" soal Haififi.Jam ditangan dilihat sekali imbas.Dia harus pulang ke pejabatnya tepat pada masanya kerana dia perlu menghadiri mesyuarat dengan klien dari Jepun.Qaisara menganggukkan kepala.Hujung matanya dapat menangkap kelibat Afiq yang semakin mendekati dirinya.

"Tanks Afiq.." ucap Qaisara.Ira dipandang lalu senyuman dihadiahkan kepada Ira.

"Ada rasa sakit tak?" soal Afiq.Qaisara menggerakkan sedikit kakinya lalu menggelengkan kepala.Ibu jari dinaikkan.

"Woww Thumbs up tu Ira...tadi saya punyalah pujuk nak urut tak dibaginya." usik Afiq.Qaisara tersipu malu manakala Ira disebelah sudah menahan gelak.Talifon bimbit Qaisara menghasilkan bunyi 'Beep'.Talifon S4 nya diambil lalu skrin talifonnya ditilik.Terkumat-kamit dia membaca mesej yang dihantar oleh Zafran.

"Afiq...Sara pergi dulu...Assalamualaikum..." ucap Qaisara lalu meninggalkan sekeping nota berwarna ungu dan beredar dari situ.

"Eh sara!" jerit Afiq.Mujur kurang orang yang lalu lalang disitu .Qaisara menolehkan badannya lalu melambaikan tangan.Fahamlah Afiq itu memang ikhlas dari Qaisara.Dia tersenyum manis lalu duit note Rm50 dilipat separuh dan disimpankan dalam beg duitnya.

"Amboi...senyum sampai kehujung telinga..." usik Ira sambil tangannya lincah menyimpan barang yang digunakan oleh Afiq tadi.Afiq tersenyum malu lalu berjalan menuju ke pantry.

4 comments:

  1. Lagiiii.... Nk tahu sambungan dier. Henehee

    ReplyDelete
  2. heheheh sabooo aina...btw okeh x?

    ReplyDelete
  3. bestttt~!!! hahaha suka2 rasa cam si Sara ni mmg popular dlm senyap gitu hehehe

    ReplyDelete
  4. asyu..haha..yeke...hihi....sara ni comelkan....

    ReplyDelete