dear VVVIP

Sunday 5 January 2014

Between you and me is cinta 2


" Eeee Zafran ni...aku hempuk jugak karang........" bebel Qaisara seorang diri.

"Hello.....Haa Sara kau kat mana?" soal Zafran gelisah.

"Sabarlah Zaf...aku baru je drive keluar dari car park JJ laa..." jelas Qaisara jujur.Sesekali matanya melilau melihat sekeliling.Tangannya yang memegang stereng diputarkan kekiri kemudian kekanan.

"Okay aku tungu kat sini...cepat tau...." arah Zafran.Qaisara yang terasa rimas terus menekan butang merah tanpa memberi kesempatan pada Zafran untuk menyambung kata-kata.

 "Ehhh bertuah punyer BFF...kau tutup fon sebelum aku sempat cakap....Nasib kau Bff aku tau.." ngomel Zafran.Talifonnya disimpan kedalam beg kulit bersegi empat kecil lalu berjalan kearah mekanik yang sedang melihat keretanya.

"Encik..macam mana dengan kereta saya?" soal Zafran.Lelaki yang dipanggil encik oleh Zafran memandang Zafran lalu melihat kereta Swift kesayangannya itu.Kepala digelengkan.

"Panggil saya Mat je...ermmm kereta awak ni teruk tu tak adalah sangat tapi nak baiki ni banyak kena keluar tau..." terang mekanik tersebut.Zafran menggaru kepalanya yang tidak gatal.Lama difikirkan sehingga Qaisara datang.

"Zaf....." panggil Qaisara.Zafran memandang Qaisara lalu menggelengkan kepala.

"Isshh kata soal hidup dan mati..mana nyer......!" Zafran memandang Qaisara lalu menggelengkan kepala.

 "Apa yang kau gelengkan der.." soal Qaisara.Jari telunjuknya menunjukkan kearah kereta swift berwarna silver.Terbeliak mata Qaisara apabila terpandangkan kereta Swift milik Zafran remuk teruk dibonet belakang.Zafran sengih menonjolkan lagi giginya putih dan rata itu.Teringat dia kepada kejadian yang menyebabkan kereta kesayangannya itu rosak.


"Zafran balik dululah aunty Maria..." ucap Zafran.Tangan dihulurkan untuk menyalami Aunty Maria.Wanita yang kelihatan separuh abad itu atau nama sebenarnya Maria adalah adik kandung kepada papanya.Maria kini bergelar janda dan kerana kasihani Maria, Zafran menawarkan dirinya untuk membantu Maria mengemas rumahnya.

"Baiklah Zafran....Elok-elok drive tu..Nanti kirim salam dekat papa dengan mama kamu tu tau..." ujar Maria.Zafran mengangguk kecil.

"Nanti kalau aunty nak minta tolong call je Zafran tau..." bagitahu Zafran.

Enjin kereta dihidupkan.Gear kereta ditukar.Entah mana salah dan silapnya kakinya tersalah tekan pedal lalu kereta mengundur dengan laju.Tanpa dia sedari keretanya terlanggarkan tembok besar dibelakang dia memakirkan kereta lalu perlanggaran berlaku.Maria yang baru saja ingin mengunci pintu terkejut terdengarkan bunyi dentuman kereta lalu keluar melihat apa yang telah terjadi.Alangkah terkejut dan terkedu kereta yang dipandu Zafran terlanggar tembok rumahnya dan hampir separuh kereta Zafran remuk gara-gara pelanggaran tersebut.Zafran terkedu lalu senyuman diukirkan buat Maria.

"Haa begitulah kisahnya Sara..Uhhh hauskan cerita panjang lebar dekat kau..." ujar Zafran sambil gelas dihadapan diambil lalu air sejuk diteguk.

"Dasyatlah kau ni Zaf..nak kata kau baru pegang stereng aku rasa kau lebih kenal stereng kereta dari aku kan..." perli Qaisara.Zafran tergelak kecil mendengar Qaisara memerli dirinya.Dia akui apa yang diperkatakan oleh Qaisara itu benar.

"Alaa mens sometimes can do mistakes..." balas Zafran selamba.Talifon bimbitnya berbunyi.Lambang wechat muncul diskrin.

- Der ko excident? Okay tak??" -- DearHans (Nurul Hanani)

-Alaa aku okay jer...kereta aku je remuk.... teruk..." -- ZackAfran

Laju jemarinya menaip.Sesekali kepalanya ditoleh melihat keretanya lalu sekeping gambar diambil dan dihantarkan kepada Hanani.

"Han suruh aku send pic kat dia...dia tak dapat datang..." jelas Zafran namun mata dan jarinya masih berlegar-legar diskrin talifon.

"Ouhh.." balas Qaisara pendek.

------------

"Abang kereta ni saya serahkan pada abang tau saya tahu dan percaya abang boleh repair kereta saya." terang Zafran .Mekanik tersebut hanya menganggukan kepala sambil menepuk-nepuk bahu Zafran.

"Okaylah saya balik dulu.Assalamualaikum..." ucap Zafran.

"Walaikumsalam...warahmatullah." salam dijawab.Lalu Zafran memilih untuk menaiki kereta Qaisara pulang.

"Woww aku rasa dah lama aku tak naik kereta kau kan Sara....Eh...tadi kau pergi mana weyh?" soal,Zafran.Qaisara tidak menjawab sebaliknya memberi tumpuan kepada pemanduannya.

"Hek eeleh...eksenn lah kau bawak kereta." perli Zafran.Bengang kerana Qaisara tidak membalas pertanyaannya.

"Aku takut nanti belakang kereta aku pulak yang remuk kalau tak bagi tumpuan." balas Qaisara lembut tapi tajam.Terdapat kata-kata sinis dalam perkataannya.Terdiam Zafran dibuatnya.

Kertas phamplet berwarna itu menarik perhatian Zafran.Dari depan dia memanjangkan tangannya kebelakang.Dibaca phamplet tersebut penuh kekusyukkan.

"Mesin pemecah lemak? Sara kau beli ke?" soal Zafran kehairanan.Qaisara menganggukkan kepala.

"Aku nak kurus....." ujar Qaisara pendek.Matanya masih memandang kearah jalan raya yang agak sibuk.

"Macam ni comel per...." balas Zafran.Jujur dia berkata comel Qaisara dengan badan sebegini dan dia lebih suka tengok Qaisara dengan badannya yang besar itu.

"Aku terseksa kalau badan aku macam ni....aku kena ejek...aku malu..." ujar Qaisara.

"Laa mulut orang Sara sampai mati pun kita takkan dapat menutup." beritahu Zafran.Qaisara membiarkan saja Zafran bercakap sendirian.

----------------
"Sara taknak masuk dulu ke?" ajak Syahira.Qaisara menggelengkan kepala.Selepas menyalami tangan emak Zafran terus dia meminta izin untuk pulang kerumah.Kereta yang tadi berhenti kini meluncur laju di atas jalan raya.


"Assalamualaikum......" Qaisara memberi salam.Tadi sesampai dirumah kelihatan kereta Proton Perdana milik ayahnya tiada.Barangkali emaknya dan ayahnya keluar pergi kerumah kawan mereka.Tudung yang setia tersarung kemas kini ditanggalkan lalu disangkutkan pada penyangkut.

"Ya allah...walaupun tak berjalan jauh tapi aku dah rasa kepenatan.Macam mana nak exercise ni...." Qaisara membebel seorang diri.Seketika dia baring mengiring sambil membiarkan rambutnya berjuntaian ke bawah.Matanya liar memandang sekeliling bilik.

"Hurmmm sudut tu bolehla kot..." ngomel Qaisara bersendirian.Dia sudah membayangi sudut biliknya akan dipenuhi dengan peralatan gym.Tak sabar rasanya dia ingin menguruskan badan secepat mungkin.

-------------
 'Beep' bunyi mesej menyedarkan Afiq dari lamunan.Serta merta tangannya mencapai talifon bimbitnya.Terkumat-kamit dia membaca mesej.

"Afiq..." panggil Fatimah lembut.Afiq memandang uminya.Perlahan Fatimah berjalan lalu mengambil tempah bersebelahan dengan Afiq.Afiq merenung wajah uminya lama.Garis-garis diwajah uminya meyakinkan dirinya betapa susahnya hidup orang tuanya ini selama dia hidup sehingga menampakkan jalur-jalur penuaan dimuka.Dia nekad sebagai seorang anak dia akan cuba membahagiakan uminya walaupun dia hanyalah anak tiri Fatimah.

"Umi.....dah makan ke?" soal Afiq.Fatimah menganggukkan kepala lalu mengusap lembut rambut Afiq.

"Umi dah makan da...." balas Fatimah perlahan.Kerlipan lampu talifon bimbit Afiq menyebabkan Fatimah tertengok-tengok.Seperti ada satu daya tarikan yang menarik dirinya untuk berkelakuan sebegitu.Afiq yang perasan akan kelakuan uminya itu tersengih lalu talifonnya ditekapkan ke dada.

"Umi ....nak tengok boleh?" soal Fatimah teragak-agak.Risau kalau Afiq tidak membenarkan dia untuk melihat.

"Boleh umi..." balas Afiq.Malu bercampur segan menyelubungi dirinya.Teragak-agak dia hendak menyerahkan talifonnya pada Fatimah.

"Comel...." ucap Fatimah.

"Siapa dia ni Fiq?Comel..." pertanyaan dan pujian datang bersilih ganti.Afiq menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Dia Sara umi....budak kat U tempat Afiq buka Cafe tu mi...." perlahan Afiq memberi jawapan.Fatimah kelihatan berfikiran lama.

"Tempat Ashraf belajar tu ke?" soal Fatimah lagi.Afiq menganggukkan kepala tiba-tiba perbualan mereka diganggu oleh seseorang.

"Someone just talking about me?" soal Ashraf sambil tangannya menyilang di dadanya.Afiq tergelak kecil perasan akan kehadiran Ashraf terus dia menyorokkan talifonnya.

"Haha kau jangan nak perasan Cap..." kata Afiq tergelak kecil.

"Umi jarang perah santan waktu umi mengandungkan Ahsraf tau..." usik Fatimah.Ashraf terdiam seketika.Barangkali dia cuba untuk mencerna kata-kata uminya namun otaknya tidak berhasil untuk memberi jawapan.

"Apa kaitan umi kandungkan Acap dengan perah santan?" soal Ashraf jujur.Fatimah dan Afiq tidak mampu menahan gelak dan akhirnya pecah jua tawa yang mereka tahan dari tadi.

"Cap kuat perasan sangat....orang kuat perasan ni kuat perah santan tau...hihi..." jelas Afiq sambil menepuk-nepuk bahu adik tirinya.Baru sekarang otaknya dapat mencerna kata-kata uminya.Lalu tangannya laju sekeh kepala Afiq.

---------------

"Dah solat I'shak ke Lisya?" soal Mohamed.Qaisara terdiam lalu tersenyum sambil membuat peace.Tahulah Mohamed anaknya tidak mampu mengerjakan perkara yang fardhu itu.

'Haa ini satu benda yang aku nak bagitahu korang.Bapak aku..sangat menitik beratkan bab solat ni..nak tahu kenapa? Meh aku story Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.Sebagai orang islam kita wajib menunaikan Solat fardhu, solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya. Senangkan dan nak mengumpul pahala pun senang.Siapa kata susah menjadi orang islam ni.Okay!Jom back to the story!!'

" Macam mana kelas Lisya?" soal Mohamed.Ini satu perkara lagi.Walaupun ayahnya sibuk dengan kedai makan milik mereka.Namun tidak pernah sedikitpun dia melupakan tentang perihal anak-anaknya.

"Alhmdulillah okay abah..." balas Qaisara.

"Kalau ada pape bagitahu abah okay..." ujar Mohamed tegas.Qaisara teragak-agak untuk membalas kata-kata ayahnya.Ditenung lama Mohamed.Teringat dia akan kejadian dimana Ashraf merampas bukunya dari tangan Zafran.Patutkah dia menceritakan kejadian itu kepada ayahnya?

"Kenapa tengok abah macam tu?" Qaisara menggeleng kepala.Dia menghembuskan nafas lega.

"Tak lama lagi kamu dah nak abis belajar dah Lisya." ucap Mastura.

"Yelah bu..lupa plak Lisya pasal ni..." balas Qaisara.

"Tak lama lagi dah boleh jadi emak orang dah..." balas Mastura pendek namun jawapan Itu mampu menjerat diri Qaisara.Qaisara memandang badannya lalu menggelengkan kepala.

"Ibu..abah...Lisya naik atas dulu ye..." Qaisara memilih untuk ke bilik sebelum kata-kata ibunya itu akan menjerat dirinya lagi.

Sesampai di bilik, Qaisara menghempaskan dirinya diatas tilam.
"Hurmmm tak sabar plak rasanya nak kurus.Nak pakai baju cantik-cantik..." ngomel Qaisara sendirian.

"Afiq?" terkejut Qaisara melihat Afiq berada dirumahnya.Afiq tersenyum lalu berjalan perlahan menuju ke Qaisara.

"Afiq buat apa dekat sini?" soal Qaisara lagi.Afiq tidak lagi menghiraukan pertanyaan Qaisara.Orang yang datang ke kenduri rumahnya berduyun-duyun.Ada yang datang mengucapkan tahniah, ada pula yang memberi hadiah.Qaisara tidak mengerti, hari ini adalah hari perkahwinan abangnya dengan kak Misha masakan dia yang menjadi tumpuan orang ramai.

"Akak Lisya jomlah bergambar dekat bilik akak....." salah seorang anak sedara Qaisara meminta untuk bergambar bersama mereka,

"Boleh Maira....Jom sayang...kesian dekat diorang." ujar Afiq sambil belakangnya memeluk pinggang Qaisara.Terkejut Qaisara dengan tindakan Afiq.Lalu dia memandang Afiq.' Kenapa Afiq ada dekat sini? and the main point is WHY AM I WEARING THIS THING?!' desis hati Qaisara.

"Kenapa sayang tengok abang macam tu?Abang ada buat salah ke?"soal Aiq manja.

"Eh kejap..yang Afiq ni over reacting ni kenapa?Abang Sara yang kahwin Afiq dok abang bagai kenapa?!" aju Qaisara tidak puas hati.Seketika perbualan mereka diganggu oleh Mastura.

"Kenapa korang suami isteri ni asik tahu nak gaduh je..." marah Mastura.Bertambah terkejut Qaisara apabila ibunya berkata sebegitu.Cermin dibelakang menjadi tumpuan alangkah terkejutnya dia kini berbaju pengantin dan jarinya telah disarungkan cincin.Ditilik jarinya satu persatu.Terdapat inai dan cincin yang diberikan oleh Afiq waktu akad nikah.Dan yang paling mengejutkan Qaisara sejak bila dia kurus.

Bunyi riuh rendah mengganggu konsentrasi mereka.Dengan sepantas kilat Afiq meluru keluar rumah.

"Kau nak apa Ashraf!" jerit Afiq.Terkejut dia  dengan jeritan dan nama yang keluar dari mulut suaminya.Qaisara mengambil tempat bersebelahan dengan Afiq.

"Aku nak Sara. Dia milik aku!!" jerkah Ashraf.Kelihatan dia persis seperti orang gila.Afiq melingkarkan tangannya dipinggang Qaisara riak wajahnya seolah-olah memberitahu Qaisara tidak perlu risau kerana dia ada disisinya.

"Sara dah jadi sah milik Abang Afiq...Ashraf nak apa lagi!" kali ini Qaisara tidak memberi peluang kepada Ashraf untuk terus marah.Ashraf menggosok mukanya.Kelihatan pucat dan serabut.Barangkali dia banyak berfikir agaknya Qaisara membuat andaian sendiri.

"Sara please say that awak masih belum menjadi milik Afiq." rayu Ashraf.Qaisara menggelengkan kepala.Ini membuatkan Ashraf semakin berang.Tangan Ashraf menyeluk sesuatu didalam poketnya.Terkejut kesemua yang berada disitu.Ashraf mengeluarkan sepucuk pistol .

"Aku tahu kau tak akan menjadi milik aku...aku nak kita mati sama-sama!!" kata Ashraf dengan nada amarah.Satu das tembakkan dilepaskan.

"Ibuuuuuuuu tidakkkk!!!" jerit Qaisara.Serta merta Mastura berlari kebilik Qaisara.

"Apa menjerit ni Lisya?!" soal Mastura tidak puas hati.Qaisara menggelengkan kepala.Tercungap-cungap Qaisara selepas terjaga dari tidur.

"Lisya mimpi ngerilah ibu...." balas Qaisara sambil meraup mukany yang basah dihujani peluh.

"Tu laa...lain kali tidur basuh kaki tahu..." bebel Mastura.Qaisara hanya menganggukkan kepala.

"Ibu...sekarang dah pukul berapa ek..." soal Qaisara.Mastura mengerling kearah jam dinding yang berada tidak jauh dari mereka.

"Dah pukul 6.30 dah...." jawab Mastura.Pintu bilik dibuka.

"Ibu turun dulu..kamu pergi mandi nanti sarapan sama.." arah Mastura.Qaisara hanya patuh pada arahan.Rambutnya yang ikal mayang itu diikat.Teringat kembali kejadian ngeri dalam mimpi itu membuatkan dia terpana seketika.

"Mimpi....sebelum subuh......kenyataan??" ngumam dia sendirian.Qaisara menekup mulutnya. "No way!" kata Qaisara pada dirinya sendiri lalu terus dia berjalan ke bilik air.


"Bu....tadi macam dengar adik menjerit...kenapa?" soal Hakimi yang baru saja menuruni anak tangga.Pinggan diambil lalu nasi goreng yang digoreng oleh ibunya dicedok masuk ke dalam setiap pinggan yang ada.Manakala pinggan untuk Qaisara nasi diletak lebih sikit.

"Entahlah Kimi..katanya dia mimpi ngeri.." balas Mastura.Hakimi tergelak kecil.

"Ibu..entah-entah dia mimpi dia kurus kot....hahhaha" perli Hakimi.Qaisara kebetulan baru saja menuruni anak tangga terus dia mencengkam tangan abangnya.

"Aduhhhhh ! sakitlah miss gorilla!!" jerit Hakimi.

"Haa tahu pun...lain kali mengata lagi pasal adik!!" kata Qaisara tegas.Perlahan-lahan dia melepaskan cengkaman.Hakimi mengusap perlahan lengannya yang sakit akibat dicengkam oleh adiknya.

"Sakitlaa .....manusia.." rintih Hakimi.

"Dah..dah cepat makan..jangan nak bergaduh lagi." arah Mohamed tegas.

Tercengang Hakimi apabila terpandangkan Qaisara cuba untuk mengurangkan bilangan nasi yang tadi diisi olehnya.

"Eh lisya...cukup ke?Karang lapar.." ujar Hakimi.Qaisara menganggukkan kepalanya lalu menyuapkan nasi tersebut kedalam mulut.Dia nekad untuk menguruskan badannya walau dalam apa jua caranya pun.

"Lisya nekad nak kuruslah abang..." kata Qaisara.

"Okay..nanti kalau Lisya dah kurus abang bagi hadiah.." pujuk Hakimi.Mata Qaisara dibesarkan seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata abangnya.

"Laaa betulla...tak percaya pulak.Abang belanjalah KFc....hahhaha" selepas menyebut perkataan KfC terus Hakimi tergelak besar.

"Saja je!" marah Qaisara manja.



"Ibu...Lisya pergi kelas dulu......Assalamualaikum ibu abah..." selepas menyalami tangan kedua ibu bapanya terus dia bejalan kearah kereta myvinya.

"Eh ibu...lupa nak pesan...nanti akan ada yang hantar barang tau ibu...suruh je diorang letak dekat bilik Lisya." pesan Qaisara sebelum menggerakkan keretanya.

"Kenapalah..aku boleh mimpi semua tu...aduhhhh" ngomel Qaisara sendirian.Tidak lama kemudian kelihatan bangunan UITM.Kereta dibelokkan kekiri lalu mencari tempat untuk diparkirkan.Beg disebelah digapai lalu pintu dibuka.

"Baaahhh!!" terkejut Qaisara dengan sergahan yang dibuat oleh Hanani.Qaisara mengurut-urut dadanya.

"Korang memang sengaja nak aku matikan...." kata Qaisara geram.Zafran dan Hanani sengih menampakkan gigi mereka.

"Alaaa bucuk sayang....janganlah marah...tak comel tau..." usik Zafran.Akhirnya Qaisara turut gelak selepas diusik sebegitu oleh Zafran.

"Weyh dah jomlah..kelas dah nak bermula ni..." kata Hanani sambil matanya mengerling ke arah jam tangannya.Qaisara dan Zafran turut menganggukkan kepala.


"Ada apa-apa lagi yang hendak ditanya?" soal Professor Lim.Kesemua yang berada didalam kelas hanya mendiamkan diri.Jadi tahulah Professor Lim bahawa pelajarnya tiada soalan ingin diajukan.

"Okay..class dismiss" kata Professor Lim.

Hampir dua jam kelas namun Qaisara masih tidak faham dengan apa yang diajar oleh Professor Lim.Baru saja Professor Lim membuka soalan untuk diajukan namun dia hanya mendiamkan diri kerana malu.Akhirnya dirinya sendiri yang rugi.

"Kau kenapa aku tengok tergaru-garu?" soal Zafran.Qaisara hanya membatukan diri.

"Order?" aju pengambil pesanan.

"Saya nak macam biasa tau." kata Zafran.

Kepala diangkat.Mata bertentang mata.Terkedu Qaisara apabila matanya bertentangan dengan Afiq.Tiba-tiba mimpinya mulai bermain diminda.

"Weyh!kau asal perempuan.Kesian dia tunggu lama doh!" Zafran terjerit kecil apabila kawannya hanya membisu apabila pesanan diambil.

"Hah?Ermm saya pun..." kata Qaisara pendek.

"Cuba kau ceritakan pada aku apa masalah kau sebenarnya." ujar Zafran.

"Aku stress....aku tak tahu macam mana nak buat yang ini." kata Qaisara.Lakaran yang disuruh professor Lim dalam tempoh sebulan masih belum siap.Tarikhnya ada lebih kurang dua minggu lagi.Oh sesungguhnya dia benar-benar mati akal.Apa yang harus dia lakukan dia sendiri pun tidak tahu.

"Beep" talifon bimbitnya berbunyi.

"Siapa tu?" soal Zafran.Qaisara menunjukkan mesej itu kepada Zafran.

"Kau biar betul beb...Kau beli barang kurus Shaklee..." kata Zafran sedikit terkejut.Sungguh dia tidak percaya dengan keinginan Qaisara untuk menguruskan badan sehingga dia memilih untuk membeli ubat.

"Yup..kenapa..tak percaya ke?" ajuk Qaisara persis seperti dalam tv.

"Bukan tak percaya.Beb..kau dah beli alat tuh..tak payah beli ubat....Bahaya doh..." bebel Zafran.Bukan dia tidak tahu impak yang akan kita dapat dari mengambil ubat menguruskan badan adalah bahaya.Dimana boleh menyebabkan kerosakkan buah pinggang.

"Laa rileks bro...aku makan sekejap..bila dah kurus aku tak makan dah..." kata Qaisara.Zafran menggelenkan kepala.

"Ni..yang aku pening sekarang ni..macam mana ni?" adu Qaisara.Kepalanya baringkan diatas meja.Kepalanya digelengkan kekiri kekanan.Zafran hanya menjadi pemerhati.Lucu melihat gelagat sahabatnya ini.

"Zaf aku...!" entah mana salah silapnya.Habis tertumpah air Cappucino Latte itu keatas kertas lakarannya.

"Sara!" jerit Afiq.Rupa-rupanya waktu Afiq menghantarkan air ke meja Qaisara tidak perasan lalu tangannya didepangkan dan terkena pada dulang yang dibawa oleh Afiq.

"Aahhh Lakaran Sara!!!" jerit Qaisara.Zafran turut melakukan yang sama.

"Alamakkkk macam mana ni...lakaran Sara rosakkkkkk...." bebel Qaisara.Air matanya mulai mengalir setitik demi setitik.Tidak keruan rasanya Afiq apabila melihatkan Qaisara menangis.

"Sara...Afiq minta maaf...." kata Afiq sambil memohon maaf.Qaisara menggelengkan kepala.Sudahlah dia pening dengan masalah yang dihadapi kini masalahnya bertambah apabila kertas lakarannya dihujani dengan Cappucino Latte yang dibawa oleh Afiq.

Tidak betah rasanya dia ingin duduk lama disitu terus dicapai beg dan beredar dari situ.Hampir-hampir dia terlanggarkan Ashraf yang baru sahaja menuju masuk ke dalam Cafe.

"Hoiii gemuk!!" jerit Ashraf.Baru ingin dia memarahi Qaisara tiba-tiba dia terdiam apabila terpandangkan Qaisara yang sedang menangis.

"Sara!" jerit Afiq.Ashraf yang berada berdekatan disitu terkejut dengan sergahan secara tiba-tiba dari abang tirinya.

"Abang kenapa?" soal Ashraf.Afiq membatukan diri lalu lakaran milik Qaisara dilihat .Kecewa hatinya apabila terpandangkan wajah Qaisara yang menangis kerana perbuatannya.


--------------
"Eh dah balik anak-anak umi. ?" penuh keriangan Fatimah menjemput Anak-anaknya setiap hari.

"Ye umi...." balas Afiq perlahan lalu terus dia berjalan menuju ke bilik.

"Kenapa dengan abang?" soal Fatimah.Ashraf hanya menggelengkan kepala.


Lakaran Qaisara disimpan elok diatas meja.Tuala yang bergantungan dicapai lalu menuju kebilik air.Usai membersihkan diri perkara yang fardhu wajib dilakukan.Sejadah dibentangkan lalu Afiq iqamat sebelum mnunaikan solat Zuhur.

"Ya allah ya tuhanku.Sesunguhnya aku hambamu yang lemah lagi hina.Berilah kekuatan pada diri aku.Letakkan aku dijalan yang lurus matikanlah aku dikalangan orang yang beriman.Disaat aku jatuh tersungkur, ingatkanlah aku masih ada mu.Dan taatkala aku berdiri ditempat tinggi penuh kebongkakkan, juga ingatkanlah aku engkaulah yang lebih berkuasa.Aaminnn ya rabbal a'lamin." setiap kali selepas selsai solat,Afiq tidak pernah sekalipun lupa untuk berdoa untu dirinya dan juga keluarganya.

Lakaran Qaisara dilihat sekali lagi. Jari jemarinya menyentuh nama ukiran Qaisara dihujung sudut kertas tersebut.Tiba-tiba dia teringat satu tempat yang mungkin boleh membantu Qaisara.Dia nekad mulai esok dia akan cuba memujuk Qaisara .

-------------
"Adik okay?" soal Hakimi pada Qaisara.Namun Qaisara hanya membatukan diri diatas tilam.

"Adik..abang tanya ni..okay tak?" soal Hakimi sekali lagi.Kali ini Qaisara memberi sedikit respon.Kepala digeleng perlahan air matanya menitis.Dipeluk abangnya dan menangis dibahu Hakimi.Sudah menjadi perkara lazim buat Qaisara dan Hakimi.

"Now tell me..what's the matter? is anybody bully you dear sister?" soal Hakimi lembut seakan memujuk.Qaisara menggeleng.

"Now what?" soal Hakimi lagi.Diusap pipi Qaisara lembut membuang air mata yang membasahi pipi adiknya.

"My drawing....is finish brother..." kata Qaisara.Hakimi tersenyum seakan-akan simpati terhadap adiknya.

"Tadi adik punyer drawing tertumpah air...and all is over....two weeks from this day is the due date for my drawing.How?" keluh Qaisara.Sudahlah tertekan dengan pelajarannya kini lakarannya pula rosak.

"Is fine..i can help you...." pujuk Hakimi.

"But how? You are an engineer not an interior designer brother.." kata Qaisara.Hakimi menganggukan kepala.

"Dah jangan difikirkan lagi.Ingat Allah adik...All is well.." kata Hakimi lagi.Memujuk adiknya supaya dia tidak lagi berduka.Qaisara menganggukkan kepala lalu menyembamkan mukanya ke dada Hakimi.Kepala Qaisara dielus lembut.

7 comments:

  1. menarik JH..cuma, pastikan kalau boleh setiap kali menulis, ada paragraph so that nampak lebih kemas dan mudah nak baca, hee...keep it up sis!

    ReplyDelete
  2. kak haida..maaf tanya..paragraph yang macam mana?sy xfhm ler... huhu

    ReplyDelete
  3. ME fhm mksud kak HO TU JH,
    ME akan trgkan pada JH

    ReplyDelete
  4. best ^_^ bile nak sambung x sabar nak baca he he he *suh org cepat sambung.. cerita sendiri x bersambung2 he he he*

    ReplyDelete
  5. in shaa allah ada masa sy smbung...eh asyu pnyer lg best...ad mse mst sy akan usha blog asyu..baca cerpen asyu

    ReplyDelete
  6. Aina.. Ni dah kali ke50 aina jenguk. X sbr nk tgk smbungan dia. ^__^

    ReplyDelete